17 April 2013- Desa Perlancongan Sekitar jam 5.30 petang rombongan team kempen radzi Zainon berkunjung ke Taman Desa Perlancongan untuk melihat sendiri masalah longkang yang dikatakan berlarutan selama 5 tahun. Rogayah Ahmad antara golongan wanita yang berani kehadapan mengadu hal ini kepada radzi yang juga merupakan Penyelia Pusat Khidmat PAS DUN Sungai Rapat. Masalah ini berlaku sekitar persiaran pinji selatan 4, Taman Desa Perlancongan. Penduduk taman ini kelihatan hampa memandangkan laporan kepada Majlis Daerah Batu Gajah telah dilakukan 3 kali dan juga laporan kepada YB datuk hamidah Osman telah diberikan. Mungkin jawapan bekas ADUN itu, saya tiada maklumat, kenapa tidak beritahu saya. Inilah jawapan yang acapkali kedengaran apabila sesuatu isu diutarakan kepada beliau.
Kawasan berkenaan sentiasa banjir apabila hujan, lebih teruk najis memasuki rumah dan air bertakung menyebabkan wabak denggi.
Antara pengadu isu ini juga adalah Puan Norhajarti bt Yeop, En. Nazri bin Md Daud, En Saidon bin Ahmad, dan En. Mior Fuad bin Ahmad.
Muhammad Nuruddin Bashah Unit Penerangan MTD Sungai Rapat |