Tuesday, April 16, 2013

Restu anak koyak bendera PAS


Beberapa petugas PAStelah menyaksikan tindakan kanak-kanak 10 tahun mengoyak bendera PAS dan memijaknya. 
Isu ini mungkin nampak remah dan ringan tetapi jika tidak dihebah, ia akan jadi budaya negatif yang berlarutan. 
Dalam hal ini yang perlu ditegur adalah ibu bapanya. Kanak-kanak itu dikatakan anak kepada Puan Linda yang  mengusaha  Gerai laksa makanan ringan di hadapan sekolah Agama Rakyat Ara Payong.

Ibunya dikatakan penyokong tegar UMNO. Sebagai ibu bapa mereka sewajarnya menegur tindakan itu walaupun mungkin nmembenci parti tertentu. Hal ini kerana didikan memahami demokrasi bermula daripada rumah sendiri. masyarakat bertamadun akan tahu nilai etika dalam isu pilihanraya yang sewajarnya bukan suatau medan perpecahan masyarakat.

Sekali lagi ditegaskan tindaan kanak-kanak mencerminkan didikan orang dewasa dan kanak-kanak tidak harus dipersalahkan.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat   



Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)