Tuesday, April 09, 2013

Rumah berair telaga di Ara Payung


9 April 2013- Ara Payung

Bulan yang lalu, Unit Penerangan telah mengunjungi rumah uzur milih En Malik Faizal Bin Hashim selepas mendapat meklaumat daripada Puan Fauziah (Ketua Pilihanraya PAS Batu Gajah).

Keadaan rumah tersebut uzur sehingga beliau dan isteri tidak boleh tinggal disitu. 

"Rumah ini adalah rumah pusaka saya, saya tak mampu urusnya, pendapatan saya sekitar RM 800 sebulan hasil jualan roti canai tidak mampu bagi saya membaiki kerosakan di rumah tersebut menyebabkan saya terpaksa menyewa rumah lain", luah En Malik.

Dindingrumah tersebut rosak teruk, reput, dapur uzur dan juga reput, tiada bekalan air dan elektrik serta terpaksa menggunakan air telaga.

Kos untuk memasang elektrik sekitar RM 1500. Sehingga kini tiada pihak yang membantu beliau.

Jiran beliau yang berbangsa India kerap membantu meracun rumput kerana simpati dengan kesusahan Malik.  Melihat pengorbanan jiran tersebut, kami sempat menemubual keluarga beliau dan beliau menyatakan kesediaan memilih PAS sebagai pemimpin mereka.

Kepada pihak yang bersimpati silalah melihat sendiri keadaan rumah ini di Plot 2 Kg Muhibbah Ara Payung Batu Gajah.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat








Jiran berbangsa India yang baik hati



Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)