Tuesday, April 09, 2013

Piala Radzi Zainon; lambang kesatuan dan perpaduan rakyat Sungai Rapat





7 April 2013- Pinji Mewah
Pertandingan bolasepak 7 side Piala RADZI ZAINON berjaya diaadakan pada Ahad lalu 7 Apr  bertempat di Padang  Taman Pinji Mewah.

Pertandingan ini dijalankan dengan meriah sejurus sahaja pembubaran Parlimen oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang mendapat ilham untuk memberi tarikh gembira 3 April buat rakyat. Bubar DUN dan Bubar parlimen kelihatan cuba disimbolkan kegembiraan  oleh penduduk Taman Pinji Mewah melalui penyertaan Piala Radzi Zainon ini.

" Piala ini memang simbol menyatukan rakyat di DUN Sungai Rapat dan nama radzi akan kekal sebagai tanda perpaduan masyarakat akar umbi ", ulas Rosnan Man selaku Ketua UPU (Unit Peti Undi) desa Pakatan yang menjadi penganjur program.

"rakyat sudah lama tunggu bubar. Rakyat akan hukum pemimpin yang zalim sedia ada!", komen Haris Yunus aktivis Pakatan Rakyat Changkat Larang.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat









Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)