Monday, April 22, 2013

Doakan bekas Ketua Kampung Ara Payong sertai PAS

22 April 2013- Batu Gajah

Rentetan keluarnya Haji Daud Bin Itam Raffar PJK daripada UMNO melalui surat rasminya kepada Setiausaha Agong UMNO bertarikh  0 Oktober 2012, pihak Team Kempen radzi Zainon telah menziarahi rumah beliau pada hari ini.

Lawatan ini disertai oleh beberapa wakil muslimat Batu Gajah yang mengiringi Calon PAS berkenaan untuk mendengar sendiri luahan hati Haji Daud yang juga merupakan bekas Ketua Kampung Ara Payong.

Beliau yang berminat untuk kempen bagi pihak PAS telah diserahkan borang keahlian PAS dan dihadiahkan sehelai T Shirt PAS sebagai kempen agar beliau berada dalam tarbiah dan pendidikan PAS.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat










Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)