Monday, April 29, 2013

Bukti UMNO Gopeng yang khianat sek agama rakyat

Ramai yang telah menjumpai risalah fitnah isu SAR (Sekolah Agama Rakyat) di sekitar Medan Gopeng, Batu Gajah dan beberapa perkampungan melayu.

Ternyata UMNO ingin bermain api di DUN Sungai Rapat. Kepada rakyat, sila tonton video-video di bawah.



Vi


Video-video terdahulu di bawah telah lama disebar. Cuma Video di atas disimpan iaitu bahagian ucapan Mudir Sekolah Agam,a Rakyat taman Pegoh Aman sendiri yang sebenarnya jelak dengan sikap pura-pura UMNO dalam isu sekolah agama rakyat.

isu ini dicetus oleh mereka dan diapikan atas nama perkauman. penyokong UMNO yang tua-tua layak dipanggil 'atuk' memaki kaum Cina yang hadir ke dialog bersama Datuk Hamidah Osman dengan ungkapan haram jadah dan sebagainya.

Mereka diasuh atas nama perkauman bukan asuhan Islam.

Mereka yang pertama sekali menghalau anak-anak pelajar sekolah agama di Dewan Orang Ramai Desa Aman pada Mei 2012. Pelajar berkenaan menumpang Dewan Orang Ramai sejak surau dua tingkat direnovasi.

Mereka hanya membawa masuk anak-anak tersebut kembali ke dalam dewan selepas Radzi Zainon Calon PAS Sungai Rapat bersama YB Dr Lee Boon Chye menziarhi dan membuat sidang media isu penghalauan anak-anak sekolah agama ke khemah sementara. Rakyat yang beragama Islam, anak-anak islam dilayan seperti pelarian haram.

Inilah sikap sebenar UMNO yang diterajui oleh Datuk Hamidah Osman yang baru-baru ini mempelajari silat cekak harimau kerana mencekak leher seorang lelaki bukan muhrim bernama Dr Lee Boon Chye.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit penerangan Majlis Tindakan DUN (PAS) Sungai Rapat


Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)