Wednesday, May 01, 2013

Surat Debat di serah; Datuk Hamidah dijangka tidak akan hadir


1 Mei 2013- Sungai Rapat

Semalam 30 April wakil PAS merangkap Pengurus Kempen PAS Saudara Anuar Ibrahim telah menyerahkan surat jemputan Debat kali kedua rentetan UMNO yang masih bermain isu fitnah Sekolah Agama Rakyat Taman Pegoh Aman.

" UMNO bermain api, kita pihak PAS tidak akan berdiam diri. Kita mengajak beliau berdebat dan beliau boleh membawa semua angkatan beliau, untuk mengiringi beliau berdebat secara ilmiah dan fakta bukan emosi dan nafsu", jelas Anuar selepas menyerahkan surat berkenaan kepada kerani Pejabat bekas ADUN berkenaan.

Pihak Majlis Tindakan DUN PAS telah menyediakan 15 helai banner untuk memberitahu rakyat bahawa PAS berani berdebat dalam hal kebenaran.




Beberapa hari lepas hingga kini, ramai rakyat mengadu menerima risalah yang mendakwa PAS meruntuhkan sekolah agama sedangkan ramai mengetahui PAS adalah parti yang cukup konsisten mempertahan sistem pengajian sekolah agama. ia bercanggah dengan realiti dan imej PAS yang rakyat kenali.



Datuk Hamidah dijangka tidak akan hadir kerana beliau mewakili parti UMNO yang terkenal sebagai penabur fitnah baling batu sorok tangan malah parti yang cukup 'ponen' (pondan) dalam berdebat, demikian ulasan beberapa pembaca blog Landskap Siasah.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN (PAS) Sungai Rapat



Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)