Saturday, May 04, 2013

Bankrap Idea Kempen Punca BN Gopeng Mengganas di Stesyen 18 Ipoh

4 Mei 2013- Sungai Rapat

BN dan UMNO Gopeng telah mati akal untuk berkempen sehingga terpaksa melepas tekanan melalui aktiviti keganasan dan ala samseng gangsterisme.


Ramai rakyat Sungai Rapat menyangka keganasan petugas BN hanya berlaku di Pekan, Gombak, Pantai Dalam KL dan hanya di Felda-Falda rupanya ia telah menjalar kepada petugas BN Gopeng! Kes jam 4 petang tadi di Pengkalan Pegoh adalah titik hitam bagi kempen pilihanraya kali ini.

Petang tadi 3 petugas PAS dihentak muka dengan buluh dan kayu sehingga parah oleh 40 petugas BN yang bermotosikal.

UMNO Gopeng yang kini dikuasai oleh pengaruh Datuk Hamidah hampir 100% telah kekeringan idea untuk berkempen kerana kes pemilihan calon yang cukup lambat akibat perebutan kerusi di kalangan UMNO Bahagian.

Jika Radzi Zainon memulakan kempen sejeka pembubaran DUN, UMNO pula tidak mampu melakukan hal yang sama sebaliknya hanya menantikan penamaan calon untuk memulakan kempen.

Lantas mereka yang telah kehilangan pedoman (out of track) mula bermain kotor untuk melepas geram kepada petugas PAS memandangkan keyakinan mereka untuk meneng juga kian tumpul.

Lantaran itu, PAS menyeru rakyat Sungai Rapat memilih Radzi Zainon calon PAS sebagai pemimpin anda yang terkenal dengan sikap dan akhlak yang baik. Berpendidikan dan berpotensi besar sebagai pemimpin berkaliber.

Pilihlah PAS!

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN (PAS) Sungai Rapat

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)