Thursday, May 02, 2013

Apabila SPR jadi alat Hamidah Osman



2 Mei 2013- Batu Gajah

28 April Ahad yang lalu, SPR telah menurunkan benner dan bendera PAS di kawasan berhampiran padang bola Kampung Tersusun Sungai Terap Batu Gajah.

Alasan yang diberi adalah ia dipasang di kawasan yang tidak dibenarkan oleh JKKK. Alasan ini cukup tidak logik memandangkan JKKK tidak lagi berkuasa selepas pembubaran DUN. Malah jika alasan tersebut digunakan, UMNO yang bermuka tembok terlebih dahulu perlu keluar daripada Dewan Orang ramai kerana ia milik rakyat dan penduduk kampung.

Pada hari selasa 30 April pula SPR menurunkan pula benner BN dan gambra Hamidah Osman pada waktu tengahari. Namun ia rupanya mencetus kemarahan calon UMNO Sungai rapat yang telah diberi kad kuninh oleh Perdana Menteri kerana mencekik leher Calon Parlimen Gopeng sebelum ini.

PihakHamidah Osman telah mengarahkan petugas BN menaikkan semula banner BN atas alsan JKK membenarkan BN memasang banner dan billboard BN.

PAS merayu rakyat Batu Gajah dan Gopeng untuk menolak calon nsamseng dan calon yang tidak mahu mengikut peraturan. Calon yang berakhlak adalah pilihan rakyat hari ini. mahukah rakyat bertuankan wanita yang tanpa segan silu memaki petugas PAS dan mencekik bekas ahli parlimen Gopeng berbangsa Cina. Ia suatu perbuatan yang cukup merendahkan martabat wanita Islam yang dibawa imej oleh beliau.

Kredibiliti SPR kian parah bukan sahaja di peringkat nasional, malah di peringkat kampung rakyat melihat bagaimana SPR menipu rakyat mengatakan pihak mereka adil dan saksama dalam membuat tindakan.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN Sungai Rapat  








Hamidah Osman mengarahkan anak buahnya menaikkan semula banner yang diturunkan oleh SPR. 
Semalam 30 April, kira-kira 100 petugas PAS Batu gajah menunggu banner berkanaan sehingga jam 3 pagi. Hal ini kelihatan meresahkan petugas BN yang mulai takut melihat kedegilan majikan mereka yang kian keras kepala dan biadab.






Hamidah Osman mengarahkan anak buahnya menaikkan semula banner yang diturunkan oleh SPR. 
Semalam 30 April, kira-kira 100 petugas PAS Batu gajah menunggu banner berkanaan sehingga jam 3 pagi. Hal ini kelihatan meresahkan petugas BN yang mulai takut melihat kedegilan majikan mereka yang kian keras kepala dan biadab.


Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)