Wednesday, May 08, 2013

Kami tidak 'rasis' tapi kami 'rasional'


  • Perjalanan Pulang Ke Sungai Petani. Duduk bersebelahan dengan seorang lelaki berbangsa cina yang ingin pulang ke Alor Setar. Bersembang panjang dengan beliau. Seorang yang agak terpelajar.

    Bertanya kepada saya bagaimana keputusan PRU13 di Pahang setelah saya menceritakan saya mengundi di Pahang. Beliau tersenyum. Beliau terus mengatakan untuk maju kita perlu berubah.

    Saya bertanya kepada beliau tentang bangsa cina yang terlalu cenderung kepada pembangkang iaitu DAP. Beliau mengatakan, DAP itu bukan persoalannya. Cina bukan taksub kepada DAP dan bangsa Cina bukan rasis dan berpihak kepada bangsa Cina sesiapa yang menjadi calon selain daripada daripada Barisan Nasional, kami akan undi.

    Yang menarik. Beliau mengatakan jika DAP masuk Barisan Nasional. Orang Cina akan mengundi pembangkang kerana masih ada PKR dan PAS. Beliau mengatakan, orang cina berfikir, Malaysia sebuah negara membangun tetapi ingin menjadi maju, kita kena selalu ubah pemerintah. Bangsa Cina tidak akan mengubah undi kepada Barisan Nasional PRU14 kerana bangsa Cina ingin kerajaan baharu.

    Beliau juga mengatakan kenapa ingin sibuk cerita tentang hukum hudud seperti Chua Soi Lek? Padahal orang cina tidak takut kepada hudud. Untuk kebaikan negara Malaysia, kami terima. Beliau menambah, malam semalam, semasa analisis PRU13, kenapa mengatakan bangsa cina ini perkauman dan rasis?padahal kita berdua sedang bersembang ini yang berlainan bangsa ini masih boleh bersembang dan bergelak ketawa. Tapi mereka pemimpin negara macam najib dan chua apabila bercakap boleh menyebabkan sesama bangsa membenci.

    Banyak yang kami bualkan. Kami tidak rasis tapi kami rasional.

    Tulisan Naqib saya di Universiti Malaya

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)