Blogger tanpa akhlak UMNO yang bernama Papagomo telah ditahan polis rentetan menulis bernada perkauman. Beliau menulis berdasarkan skrip berhala nasionalis perkauman yang dianuti parti UMNO. Beliau bukan menulis tanpa pedoman. pedoman beliau adalah dasar dan perjuangan UMNO yang berasaskan perkauman. Bukan hanya di peringkat atasan, di peringkat kampung lebih dahsyat.
Dikatanya kemenangan DAP adalah kerana PAS menyerahkan banyak kerusi kepada DAP. Sedih dengan golongan buta kerusi pilihanraya tetapi teringin mengeluarkan pandangan yang memalukan diri sendiri.
Saya secara peribadi teringin melihat Penulis blog Sungairapat online ditahan polis kerana pembohongan beliau di peringkat parlimen Gopeng juga dahsyat.
Sebelum ini blogger UMNO Gopeng itu dikatakan tidak lagi menerima beberapa bulan bayaran daripada bekas ADUN Sungai Rapat.
Polis tahan Papagomo dan King Jason
Harakahdaily, | 07 Mei 2013 |
(Blogger Papagomo)
KUALA LUMPUR: Blogger Papagomo dan King Jason ditangkap oleh polis bagi membantu penyiasatan mereka ekoran posting yang mereka buat dalam laman-laman blog mereka.
Papagomo blogger pro Umno memasukkan laporan mengenai perkauman dengan mengugut untuk mengambil tindakan kepada orang Cina.
King Jason pula banyak mendedahkan laporan mengenai penipuan dalam pilihan raya kali ini. Antaranya rancangan membawa pengundi asing dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung dengan kapal terbang sewa khas.
Pengumuman penangkapan mereka dibuat melalui twitter yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sebelum ini blogger pro PKR, Milo Suam ditahan oleh polis menjelang pilihan raya.
Beliau ditangkap ekoran penyiaran gambar kertas undi pos.