Thursday, May 02, 2013

Hamidah bukan lawan debat Radzi Zainon


2 Mei 2013- Cgangkat Larang

Di sebelah benner hebahan debat Radzi Zainon bertembung Datuk Hamidah Osman yang dijangka diadakan malam ini, kelihatan sekeping bener (dikatakan ada banyak lagi) yang mengatakan beliau setuju untuk debat dengan syarat permit dikeluarkan.

Ramai pihak polis yang bersimpati dengan Pakatan rakyat mendedahkan bahawa beliau sendiri telah berjumpa beberapa pegawai untuk menekan ketua Penerangan PAS Gopeng Ustaz Omar Nasarfudin untuk membatalkan debat dengan alasan tiada permit. PAS Gopeng telah mendapatkan permit ceramah sebelum ini dan tiada bezanya ia dengan permit sebuah debat yang juga berbentuk forum atau debat.

Alasan yang diberikan oleh pihak UMNO Gopeng ini menampilkan bahawa UMNO bangkrap idea dan sememangnya gagal untulk berhujah dengan baik.

Rata-rata rakyat mengatakan bahawa Radzi Zainon yang berkelulusan master (sarjana) serta petah berhujah itu bukan lawan kepada Hamidah Osmannyang selalu berucap dalam keadaan beremosi tanpa kawalan.

Hal ini terbukti dalam beberapa siri ceramah beliau yang kerap berucap dengan emosi bukan dengan fakta dan maklumat yang absah.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit penerangan Majlis Tindakan DUN Sungai Rapat


Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)