Friday, May 03, 2013

Sikap kebudak-budakan Datuk Hamidah di majlis Debat isu SAR memang diramal


3 Mei 2013- Maju Rapat

Rata-rata ahli UMNO sendiri kecewa apabila Datuk hamidah tidak mahu berdebat dengan Radzi Zainon yang dikatakan alat tunggangan Cina meruntuhkan sekolah agama rakyat.

Bukan semua ahli UMNO bersifat pak turut malah ada golongan yang berpelajaran mulai mempersoal tindakan ala samseng gerombolan Datuk Hamidah yang mereka ikuti pada walnya untuk mendengar debat.

Datuk Hamidah ternyata mengembirakan peramal-peramal, blogger dan pemerhati politik kerana tidak berani berdebat kerana semua pengamat percaya bahawa beliau selaku calon BN-UMNO sememnagnya bacul dalam berhujah sebaliknya suka memekik terlolong, menjerit seperti insan tiada tamadun walaupun media TV dan perdena menterri sendiri istiqamah memperomosi bahawa BN Parti aman dan menolak budaya samseng, budaya keras kepala dan budaya demostrasi.

Apa yang Datuk Hamidah lakukan semalam dengan menjerit kepada polis dan memaki polis berkenaan soal permit majlis Debat itu adalah tindakan demostrasi. Tindakan mereka umpama menunjuk tahi hidung orang lain sedangkan punggung sendiri menahan najis di dalam pampers.

Semalam, apabila rombongan Datuk hamidah tiba sekitar jam 10 malam, mereka terus menekan polis dan penganjur debat tentang permit debat yang sebenaranya telah dilulus pada 23 April 2013 lalu.

Pada awalnya makcik-makcik yang diupah Datuk Hamidah memenuhi khemah yang disediakan dan kemudian selepas mendapat isyarat mereka mulai menjerit dan membuat bising. Ternyata UMNO Gopeng mengajar ahli dan pengikutnya agar jangan berhujah secara sihat sebaliknya gunakan sentimen perkauman, sentimen pragmatisme dan emosi untuk pertahankan politik.

Malah pelajar-pelajar sekolah menengah bawah umur juga dikerah berbaris dan menyanyi lagu Inilah Barisan Kita iaitu lagu patriotisme dan bukannya lagu BN. BN yang juga bangkrap lagu itu mulai bebrbaris dan menghalang polis yang bertugas menjaga keselamatan mengawal lalu lintas dengan baik.

Desas-desus UMNO ingin membuat kacau di majlis Debat menyebabkan polis terpaksa memperuntukkan FRU beberapa trak untuk mengahalang keganasan dan kesamsengan penyokong BN malam tadi.

Kehadiran datuk Hamidah hanya menutup malu apabila ramai meramal beliau bacul dan penakut untuk hadir. Sebaliknya untuk menutup malu tidak tahu berhujah, beliau ubah isu permit kepada penyokong BN sedangkan permit ada.

Debat tersebut diadakan rentetan UMNO Gopeng yang masih menyebar risalah kononnya PAS meruntuhkan sekolah agama rakyat dan berpakat dengan kaum Cina sedangkan isu ini dimulakan apabila UMNO Desa A,man menghalang pelajar sekolah agama keluar daripada Dewan Orang ramai ke khemah-khemah pada tahun lepas. Namun hal ini tidak pula diceritakan kepada rakyat umum. 


Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan Unit Tindakan DUN (PAS) Sungai Rapat













Trak-trak FRU



Penyokong BN bebrbaris dan menyanyi lagu Inilah Barisan Kita, mereka tidak berjaya melihat 'bos' mereka berdebat kerana sikap penakut yang ada dalam diri calon mereka.


Makcik-makcik upahan UMNO Gopeng mulai meninggalkan khemah Debat



Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)