Kenyataan datuk hamidah yang disiar oileh Sinar Harian hari ini adalah tidak lengkap malah ia hanya bersifat menunjuk baik selepas beberapa siri kezaliman dan kejahatan beliau sepanjang berkempen.
Beliau hanya memohon maaf kepada pengundi jika ada salah sepanjang menjadi ADUN. ramai rakyat bersetuju keangkuhan beliau yang terlalu sukar menjenguk rakyat walaupun di kubu beliau Ara Payung dan Seri Jaya. Beliau hanya akan bereaksi selepas kehadiran team Pusat Khidnmat PAS yang diketuai oleh YB Sungai rapat sekarang YB Radzi zainon. Beliau akan mengelaurkan kenyataan media menyelar tindakan pro aktif PAS yang hadir ke kawasan yang beliau wakili.
Rakyat masih menantikan permohonan rayuan maaf daripada beliau atas kes-kes kebiadaban, kesamsengan dan kezaliman beliau sepajnag 14 hari tempoh berkempen.
Isu merampas alatan berkempen, mencekak kolar baju YB Dr Lee Boon Chye, memaki hamun petugas PAS di tepi jalan dan membiarkan sahaja petugas UMNO membelasah sehingga koyak bibir 3 penyokong PAS dalam insiden Flashmob berdarah Pengkalan Pegoh.
" Beliau adalah pendosa yang wajib menuntut maaf kepada rakyat bukan atas kelemahan kepimpinan sahaja sebaliknya sikap jahat beliau selama ini di Sungai Rapat", tambah Saudara Anuar Ibrahim selaku pengurus kempen PAS Sungai Rapat.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN Sungai Rapat.
Hamidah mohon maaf
7 Mei 2013
IPOH – Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman memohon maaf kepada pengundi beliau atas kesilapan dan kesalahan semasa menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di Dun Sungai Rapat penggal lalu.
Dalam status laman sosial Facebooknya, beliau menegaskan kepentingan untuk memikirkan masa depan masyarakat Melayu.
“Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang senantiasa memberi sokongan, dorongan dan kerjasama kepada saya sepanjang menjadi Adun dan Exco.
“Satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Maaf juga saya pinta pada semua di atas segala kesilapan dan kesalahan saya semasa saya menjalankan tugas. Saya tidak penting, yang penting kita semua kena fikirkan masa depan Melayu,” katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Hamidah yang bertanding di Dun Sungai Rapat meraih undi sebanyak 16,602 tewas kepada Yang Dipertua Pas Gopeng, Radzi Zainon dengan 19,240 undi.
Ketua Penerangan Wanita Umno itu juga turut ditentang calon Bebas iaitu Mior Azman Aminuddin Mior Aris yang meraih 333 undi. Majoriti yang diterima Radzi adalah 2,638 undi.