Tuesday, May 07, 2013

Radzi Zainon dan akhlak kepimpinan yang saya kenali



Pagi selepas kemenangan Ustaz Radzi Zainon dan bergelar YB pada 6 Mei 2013 lalu saya dan Isteri beserta Muhammad Yusuf yang aktif itu mengunjungi ke rumah beliau.

Ada keluarga ustaz  juga di situ dan kami disambut oleh beliau dan isterinya Kak Fiza.

Tujuan hadir di pagi yang mana keletihan YB masih jelas ketara adalah untuk membincangkan bagaimana bentuk bantuan dan sokongan yang boleh saya laksanakan dari jarak jauh memandangkan saya tidak lagi berada di bumi Perak.

Sokongan terhaadap beliau perlu dilipat ganda kerana tugas sebagai ADUN amat mencabar. 

Untuk kajian dan penyediaan dokumen..saya kata serahkan kepada saya Insya Allah. Yang lain-lain sahabat-sahabat murabitun di Gopeng bakal membantu juga.

Beliau tuang air Koko Kurma kepada saya...saya kata jangan ustaz biar saya tuang.....jawab Ustaz..

"Mai saya tuang kat anta...sebab anta dah banyak tolong saya....apa salahnya saya tuang kat anta..." itulah akhlak Radzi Zainon setakat yang saya kenali selama 5 tahun ini......


 (Ustaz Radzi kerap guna kata ganti diri saya dan panggil saya anta)

Nota tambahan : Tiada calon parti politik yang sanggup telefon dan ambil berat serta urus rawatan kepada petugas kempennya melainkan Radzi Zainon rasanya. Semasa saya dijangkiti gangguan syaitan di saat pembubaran Parlimen,. beliau yang menolong uruskan rawatan, mengambil tahu berita saya di Pulau Pinang serta meminta bantuan pemuda (Saudara Nazrul moga Allah membantu beliau) untuk membawa saya untuk rawatan. Dalam kesibukan, keletihan, beliau peruntukan masa untuk kami yang hanya petugas pilihanraya. 

Muhammad Nuruddin Bashah
Amilin Jemaah Islam

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)