Saturday, May 18, 2013

Jutaan Penghargaan YB Radzi untuk semua rakyat Sungai Rapat



Assalamualaikum …. Dan salam hormat untuk semua warga DUN Sungai Rapat

Saya Radzi Zainon mengucapkan ribuan terima kasih khasnya untuk semua pengundi rakyat DUN Sungai Rapat yang telah mengundi saya untuk PAS dan Pakatan Rakyat mengambil alih kerusi DUN ini.

Saya berjanji akan menjalankan amanah dan menggenggam janji untuk dilaksanakan kerana Allah.

Berasaskan Surah al Maidah ayat pertama yang berbunyi ya ayyihallazi naamanu aufu bil uqud iaitu bermaksud Wahai orang-orang beriman tunaikanlah janji-janji.

Ayat ini khusus arahannya untuk kaum beriman dan sebagai orang beriman saya akan melaksanakan agenda kebajikan, keadilan dan pembangunan rohani, spiritual dan infrastruktur berasaskan etika dan kelestarian sosial yang sihat bukan untuk diungkit menjelang pilihanraya semata-mata. Ia adalah tanggungjawab yang diamanahkan dan saya akan melaksanakannya dengan baik Insya Allah.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada jentera PAS dan Pakatan Rakyat yang bersabar siang dan malam, menjaga emosi dan adab sepanjang berkempen. Kepada jentera ulama’ pemuda dan muslimat, anak muda dan golongan professional dan tenokrat yang membantu secara langsung atau tidak langsung, pihak PAS kawasan batu gajah dan PAS kawasan Ipoh timur yang tanpa megira lelah dan keringat untuk membantu menjayakan agenda mengislah DUN Sungai rapat kali ini saya ungkapkan jutaan penghargaan.

Percayalah saya adalah wakil rakyat bagi semua kaum dan agama, saya adalah wakil anda samada penyokong mahupun bukan pengundi saya. Inilah tekad saya.

Dari rakyat untuk rakyat kerana Allah.

Radzi Zainon
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)