Saturday, May 04, 2013

Laporan polis terhadap pengedar risalah fitnah isu Sekolah Agama



4 Mei 2013- Sungai Rapat

Ribuan risalah Fitnah terhadap calon PAS Sungai rapat Radzi Zainon ditabur dan diedar di seluruh DUN.

Wanita-wanita BN tanpa segan silu menghantar risalah berbaur fitnah itu kepada rakyat Sungai rapat. Semalam aktiviti ini dikesan di taman Song Choon.

Radzi Zainon dan rombongan kempennya telah membuat laporan polis sekitar jam 1.40 pagi berkenaan tindakasn menyebar rislaah fitnah tersebut.

"Datuk Hamidah sedang tenat berkempen. Beliau bukan sahaja tidak berani berhadapan dengan saya berhujah secara ilmiah dan fakta sebaliknya mungkin mengerahkan golongan tertentu menyebar risalah berbaur fitnah ini. Adalah mustahil calon bebas memainkan isu ini" jelas Radzi sejurus selepas membuat laporan.

Kes ini akan dipanjangkan sehingga selepas pilihanraya dan ia tidak akan tamat begitu sahaja memandangkan Datuk Hamidah gemar bermain isu yang menjerat leher sendiri ke mahkamah tambah Radzi.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN (PAS) Sungai Rapat





Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)