Thursday, May 30, 2013

Warisan ADUN UMNO kepada YB Radzi Zainon di Pengkalan Pegoh


30 Mei 2013- Pengkalan Pegoh

Dalam siri kempen  YB Radzi Zainon sebelum ini, beliau kerap menekankan kesan dan akibat pembangunan tidak lestari di sekitar Pengkala Pegoh terhadap peniaga melayu dan bumiputera.

Kesan ini bukan sekadar kesan jangka pendek yang mampu diselesaikan melalui tawaran kepada peniaga kecil membuka kiosk atau menumpang di sekitar Hypermarket yang ada, ia juga memberi kesan jangka panjang yang bakal menghambat terus kaum melayu yang bergelar peniaga sederhana dan kecil keluar daripada kawasan bisnes PengkalanPegoh.

Selain hypermarket, pusat hiburan yang dibuka berleluasan di sini juga merosakkan sosial masyarakat khususnya umat Islam.



" Kesan hypermarket dan kesan perniagaan monopoli cukup kuat dan ia telah terbukti membenamkan ribuan peniaga bumiputera seluruh negara. Malah isu ini bukan isu baru malah ia hangat diperkata oleh gerakan kepenggunaan dan hakpeniaga kecil seluruh dunia", jelas Radzi berkenaan isu ini.

Kini YB Radzi yang berjaya menyingkirkan penyandang ADUN Sungai Rapat UMNO masih belum berjaya mengubah landskap bisnes yang telah direstui oleh kerajaan BN sebelum ini kerana dua faktor, pertama ia telah berlaku dan kedua PAS ditakdirkan masih menjadipembangkang di negeri Perak. Dengan hanya memiliki kerusi DUN tanpa kuada Exco dan sebagainya adalah sukar untuk YB Radzi memulihkan kerosakan yang ada.



Apa yang mampu dilakukan oleh ADUN baru ini adalah mendidik masyarakat terutama peniaga melayu dan bumiputera Islam, betapa ancaman ekonomi tidak mapan sebegini, ancaman globalisasi dan campurtangan Amerika dalam penentuan corak atur perniagaan di negara ini adalah petaka besar yang bakal menghakis sisa 'hak' peribumi yang sebenarnya dibiarkan 'karat' oleh pemerintah BN saban tahun.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)