12 Mei 2013- Batu Gajah
Rakyat batu Gajah menjadi marah apabila mendengar semula arakaman ucapan bekas ADUN Sungai Rapat. Ramai wanita veteran yang mengundi beliau selama ini tidak kenal watak sebenar beliau kerana beliau kelihatan lemah lembut dan gemalai apabila menziarahi rumah mereka.
Di sebabkan bukan semua golongan kampung dapat hadir ke majlis Barisan Nasional, mereka tidakkenal bagaimana sebenarnya cara kempen UMNO dan BN yang dikatakan aman, sopan santun serta tidak sukakan perpecahan dan provokasi.
Namun hakikatnya mana-mana parti perkauman yang menyembah tuhan bernama 'ideologi perkauman' tidak dapat meninggalkan watak mereka sebenarnya.
Semoga rakyat kian sedar apa erti 1 malaysiasebenarnya.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat