Tuesday, May 07, 2013

Kejayaan Radzi Zainon menduduki kerusi ADUN Sg rapat dijangka ramai


6 Mei 2013- Gopeng

Penjelang jam 2.00 pagi SPR mengumumkan kemenangan Radzi Zainon yang lebih dikenali sebagai ustaz Radzi.

Penyandang Ijazah sarjana Kejuruteraan Bahan ini yang telah bertungkus lumus bertugas membantu rakyat, melayani permasalahan rakyat saban minggu, bulan dan tahun sejak kekalahan beliau ke tangan Datuk Hamidah Osman pada tahuna 2008 dengan hanya majoriti 636 undi.

" Kami bertuah kerana kami PAS kawasan Gopeng dianugerahkan individu yang kami angkat sebagai pra-calon sejak tahun 2008 hingga beliau selamat di pernamaan calon dahulu. Jika calon lain bekerja pada saat akhir atau masih berebut kerusi, kami di DUN Sungai Rapat Alhamdulillah Allah bantu dengan cara ini", jelas Haji Rahim Ariff selaku YDP PAS Kawasan Gopeng yang banyak menyokong aktiviti kempen dan kebajikan Radzi Zainon.

Malah Radzi berjaya mendapat sokongan jitu daripada YDP PAS Batu Gajah dan PAS Ipoh Timur yang menyumbang 3 peti undi untuk DUN Sungai Rapat.

Jika majlis Tindakan DUN Sg Rapat hanya meramal sekitar 75% sahaja pengundi akan turun mengundi, kali ini menyaksikan sekitar 85% pengundi telah hadir membuang undi daripada sekitar 42 000 lebih orang pengundi.

Majoriti yang diperolehi oleh Radzi lebih besar daripada yang diperolehi oleh Datuk Hamidah Osman sebelum ini iaitu sekitar 2635 majoriti. Hal ini jelas menunjukkan rakyat mulai sedar pemimpin 'jenis' apakah yang perlu mereka pilih.

Mereka telah memilih pemimpin yang berakhlak tinggi serta berilmu sekaligus mengamalkan ilmunya melalui aspirasi membantu rakyat atas landasan keadilan dan kebajikan.

Suasana Dewan Serbaguna Kolej Matrikulasi Gopeng tenang dengan ketiadaan seorang pun penyokong Datuk hamidah selepas mereka mendapat tahu kekalahan UMNO  melalui Polling Agent mereka.

Hanya ucapan syukur dan tasbih terbit dibibir beliau tatkala keputusan diumumkan dan doa rakyat meniti mengiringi perjuangan beliau yang masih panjang.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN Sg Rapat










YB Dr Lee mengekalkan kerusi Gopeng sebagai kerusi Pakatan Rakyat



Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)