PAS Perlu cerdikkan rakyat
bencana TTPA
Pada 20hb May 2013 yang lalu,
MAPIM melalui Setiausaha Agungnya Cikgu Hj Azmi Abd Hamid telah mengesa kerajaan Malaysia untuk tidak
meneruskan menandatangani
rundingan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang dijangka akan
dimeterai pada October 2013 di Brunei.
Soalnya apa itu TTPA dan apa
implikasinya? Ramai penduduk kawasan pendalaman atau separuh desa, kampong tersusun
yang tidak menyedari isu ini dan tidak faham masa depan anak cucu mereka yang
bakal tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini.
Rakyat Perak terutama kaum
melayu yang tegar mengundi UMNO dan juga di kawasan DUN yang penulis berkhidmat
DUN Sg Rapat, masih banyak info ancaman ummah sebegini yang perlu dihebahkan.
Sebelum ini Tun Mahathir juga
menggesa pihak Kerajaan Malaysia supaya
menolak TPPA pada Forum Negara bertajuk ‘Membina Peradaban Bangsa Melayu
Berteraskan Tamadun Islam’ yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM)
bersama Yang di-Pertua Dewan Negara di Parlimen Malaysia pada 25 Mac 2013
lepas.
Malaysia yang diteraui oleh
BN lagi kali ini antara 12 negara yang
dengan sewenang-wenangnya bersetuju untuk menerima dasar-dasar TPPA ini. 12
negara tersebut adalah Australia, Brunei, Chile, Kanada, Mexico, New Zealand,
Peru, Singapore, Amerika Syarikat, Vietnam, Jepun dan Malaysia.
Ada 26 bab yang berasingan,
yang digubal secara penuh kerahsiaan, tidak telus, dan tidak dibuka kepada
pengetahuan orang awam.Ia akan terus menjadi rahsia selama 4 tahun selepas
perjanjian dimeterai. Kita hanya akan tahu rupabentuk sebenar perjanjian itu
hanya selepas 4 tahun, iaitu dalam tahun 2017.
Blogger, facebooker berkempen
di media maya dan wanita UMNO berkempen rumah ke rumah, bahawa Pakatan Rakyat
dan NGO Hak Asasi adalah agen asing
untuk mengganggu-gugat kestabilan negara. Kita sering mendengar mereka menerima
dana dari negara asing, dan akan menjual negara ini sekiranya memerintah.
Tetapi, pernahkah anda, yang
sering menuduh pembangkang sebagai agen asing Yahudi ni semua, pernahkah anda
mendengar siapa yang beria ingin laksanakan TTPA ini?
TTPA atau nama penuhnya The Trans-Pacific Agreement merupakan sebuah free-trade agreement antara negara-negara
di sekitar Pasifik ini disertai oleh Malaysia melalui Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam
rundingan TPPA bersama 11 negara lain
(Australia, Brunei, Canada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru,
Singapore, United States dan Vietnam ) dan ia dimaklumkan tidak diketahui oleh ahli
Parlimen sendiri.
Suatu ketika dahulu kita
dimomokkan globalisasi yang bakal menghancur budaya dan social kita. Malah
Globalisasi bakal menleburkan harapan peniaga kecil bumiputera dan bukan
bumiputera tempatan sekalipun.
Selepas GST dilaksanakan
secara mendadak, bil dan bayaran servis dicukaikan tanpa penghebahan selepas BN
mendapat mandate, kini TTPA pula yang bakal dihadiahkan kepada rakyat.
Baru-baru ini kerajaan BN Kedah yang dijulang oleh kaum melayu atas nama
kerajaan melayu Islam itu ingin pula melaksanakan AES yang bakal mencengkam
rakyat selepas mereka menerima beberapa kali BR1M. Inilah tabiiat asasi BN yang
kerap kali memperdaya rakyat kita terutama di pendalaman dan separa pendalaman.
Adalah menjadi tugas kita terutama petugas penerangan untuk terus member ilmu,
info dan fakta yang sahih untuk mencerdikkan rakyat yang telah terpana dengan
ganjaran RM 500 sebanyak 2-3 kali.
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan DPPK Gopeng
26 Mei 2013