Kenyataan Media
4 Mei 2013
RAKYAT SUNGAI RAPAT WAJIB MENOLAK BUDAYA SAMSENG BN GOPENG
---------------------------------------------------
Aktiviti flashmob adalah aktiviti biasa yang dijalankan secara aman di seluruh negara malah ia amalan serata dunia. Provokasi dan serangan ala desprado dan gangsterisme telah mencetuskan pertikaman lidah dan menatijahkan petugas Pakatan Rakyat dan PAS dibantai teruk oleh petugas BN pada jam sekitar 4- 5 petang tadi.
Saya selaku calon PAS bagi N43 DUN Sungai Rapat merangkap Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gopeng merasaa kecewa dengan tindakan yang penuh dosa dan tidak berakahlak ini.
Sewajarnya BN memenuhi aktiviti beberapa jam ini iaitu hari terakhir kempen dengan pelbagai aktiviti menarik dan menawan hati rakyat serta mempersembahkan akhlak dan sikap yang sihat dan kemanusiaan.
Hal ini berlainan apabila BN yang kelihatan terdesak kerana terlalu banyak ramalan emperikal dan sistematik menunjukkan BN terpaksa meninggalkan Bangunan Perak sepertimana pada tahun 2008 dahulu.
Pihak PAS Kawasan Gopeng tidak akan berdiam diri sebaliknya akan terus membawa kes ini sehingga ke peringkat tertinggi perundangan yang ada untuk membela mangsa sekaligus memberi pengajaran kepada BN bahawa negara ini ada undang-undang yang sebenarnya juga diasaskan oleh pemimpin parti mereka.
Pihak PAS memberi amaran agar BN Gopeng tampil memberi kenyataan maaf kerana kes ini akan dipanjangkan walaupun selepas proses pengundian berlaku.
Kepada rakyat Sungai Rapat khususnya, marilah bersama memilih PAS sebagai pemimpin anda. Janji kami Insya Allah memimpin rakyat berasaskan undang-undang perlembagaan, semangat akhlak dan nilai insani yang baik untuk Rakyat sekalian.
Menjalan tugas demi Allah untuk Rakyat
Radzi Zainon
Timbalan YDP PAS Kawasan Gopeng