PAS menyeru para pengundi yang bakal membuat pilihan esok agar menolak parti yang mencetus huru-hara.
Jika pemimpin UMNO kerap berkara jika memilih Pakatan Rakyat huru-hara umpama 13 Mei 1969 bakal berlaku, hakikatnya merekalah punca HURU-HARA!
Pada tahun 1969, bukan PAS, PKR yang mencetus huru-hara. Mereka antara pihak yang sedari dulu hingga saat ini mencetus fahaman perkauman, fahaman ketegangan antara parti malah mengupah samseng untuk membuat kacau di semua program anjuran Pakatan Rakyat.
Inikah imej rakyat Perak berilmu yang UMNO tampilkan. memakai T Shirt LOVE PM dalam keadaan memukul rakyat. Adakah ia arahan PM?
Tragedi Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat
Jurucakap penganjur, Shahari Anuar Ibrahim berkata, dalam kejadian pukul 4.14 petang itu, kumpulan lelaki seramai kira-kira 300 orang yang datang menaiki motosikal secara berkonvoi telah bertindak ganas sambil melakukan provokasi terhadap peserta flashmob.
Beliau mendakwa, keadaan tidak terkawal apabila peserta konvoi sebuah parti politik turut melalui jalan berkenaan dan melanggar lampu isyarat hingga mengakibatkan kesesakan trafik.
“Mereka tidak hiraukan lampu isyarat dan peserta kami menasihati agar mereka beredar segera serta mematuhi undang-undang dan ia mencetuskan kemarahan peserta konvoi berkenaan.
“Berikutan itu berlaku pertelingkahan dan pertikaman lidah di antara kedua-dua pihak sebelum mereka (peserta konvoi) bertindak agresif dengan menyerang dan memukul peserta kami,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.
Dakwanya lagi, sebahagian daripada peserta konvoi kemudian bertindak memukul dan mengejar peserta flashmob.
“Mereka menggunakan kayu dan mengejar peserta kami malah keadaan semakin tegang apabila ada di antara kami yang dipukul beramai-ramai.
“Ekoran kejadian itu tiga mangsa dan salah seorang peserta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya.
Tambah beliau, lebih mendukacitakan apabila selepas kejadian tersebut, peserta konvoi motosikal berkenaan datang semula ke kawasan terbabit.
“Mereka datang semula ke situ seolah-olah cuba cetuskan provokasi hingga mengakibatkan suasana menjadi tegang semula.
“Mujurlah keadaan dapat dikawal dan tiada pertembungan antara kedua-dua pihak,” katanya.
Seorang mangsa, Muhammad Rahmat, 28, berkata, program flashmob pada mulanya berlangsung dengan aman namun setelah kehadiran sekumpulan individu menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.
“Mereka berpakaian logo BN dan I Love PM seolah-olah sengaja inginkan kejadian itu berlaku apabila bertembung dengan kami dan mereka telah memukul peserta termasuk saya dengan kayu, batu dan topi keledar.
“Saya dihentak dengan topi keledar dan terpaksa melarikan diri daripada kawasan berkenaan,” katanya.
Jelasnya lagi, kumpulan terbabit turut menyerang secara rambang kepada peserta flashmob terutama yang merakam insiden itu.
Saksikan Video di bawah!!!!
PANAS! Peserta Flashmob parah dipukul samseng BN!
IPOH:Tiga peserta ‘flashmob’ Pakatan Rakyat parah dan puluhan yang lainnya cedera apabila diserang oleh penyokong BN ketika membuat aktiviti itu.
Kejadian berlaku di Station 18, Pengkalan Pegoh, Ipoh petang tadi apabila kira-kira 200 penyokong BN berkonvoi dan bertembung dengan penyokong Pakatan Rakyat.
Suasana menjadi kecoh apabila ada dari kalangan penyokong BN membuat provokasi sehingga berlaku ketegangan sebelum mereka melakukan tindakan ala samseng dengan memukul dengan senjata seperti kayu, batu bata dan topi keledar.
Insiden tersebut menjadi kecoh kerana ianya berlaku ditengah-tengah simpang empat jalan besar.
Seorang mangsa, Muhammad Rahmat, 28, berkata, program flashmob pada mulanya berlangsung dengan aman namun setelah kehadiran penyokong BN menyebabkan keadaan menjadi huru hara.
Jelas beliau, ada dikalangan penyokong BN yang berkonvoi bersama-sama calonnya Dato’ Hamidah Osman telah melakukan provokasi terhadap peserta flashmob.
“Mereka berpakaian logo BN dan I Love PM seolah-olah sengaja inginkan kejadian itu berlaku apabila bertembung dengan kami dan mereka telah memukul peserta termasuk saya dengan kayu, batu dan topi keledar.
“Saya dihentak dengan topi keledar namun saya tidak membalas tindakan itu dan ditenangkan oleh rakan-rakan,” katanya ditemui Harakah di tempat kejadian.
Jelasnya lagi, penyokong BN turut menyerang secara rambang kepada peserta flashmob terutama yang merakam insiden itu.
Para peserta konvoi selepas itu berjaya ditenangkan dan bersurai secara aman.
Ke semua mangsa tersebut telah dibawa ke Hospital Besar Ipoh untuk rawatan lanjut.