Thursday, May 02, 2013

Notis SPR kepada Datuk Hamidah bukti tercalarnya imej calon BN Sungai Rapat


2 Mei 2013- Sungai Rapat

Sikap samseng Datuk Hamidah Osman kini menjadi buah mulut rakyat terutama kaum melayu di sekitar Ara Payung, Sungai Terap dan Seri Jaya. 

Tahun lalu beliau menempik dan menghalau Radzi Zainon dan YB Dr Lee Boon Chye di Padang taman Pegoh aman walaup-un kehadiran mereka berdua adalah untuk berdialog secara sihat.

Beliau menganggap sebarang usaha dialog atau wacana hanyalah usaha untuk memalukan beliau sedangkan beliau tanpa sedari menampilkan sendiri watak tidak berakhlak dan watak bebal yang suka mencerca tanpa fakta dan berhati terbuka.

Justeru PAS dan Pakatan Rakyat merayu kepada rakyat menilai sendiri calon manakakah yang sewajarnya dijadikan pemimpin untuk masa hadapan. Peluang yang diberi tuhan kepada Datuk Hamidah selama ini tidak digunakan untuk membangun sahsiah rakyat dan menampilkan akhlak baik beliau sebaliknya contoh buruk ini akan mencalar imej wanita Islam secara umumnya.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN Sungai Rapat


Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)