Wednesday, May 01, 2013

Radzi Jelas Isu Turun Harga Kereta di Pasar Batu Gajah



1 Mei 2013- Batu Gajah

Sekitar jam 8.30 malam semalam calon PAS DUN Sungai Rapat  Radzi Zainon dan angkatan telah menziarahi peniaga dan pelanggan di pasar Malam Batu Gajah.

Kehadiran beliau disdambut meriah apatahlagi apabila beliau mula menjelaskan manifesto Pakatan rakyat untuk menurunkan harga kereta.

Janji yang dianggap mimpi dan populis oleh Perdana Menteri (walaupun akhirnya mencedok manifesto Pakatan Rakyat) sebenarnya adalah realiti jika kerajaan ingin menjalankan plan kebajikan untuk rakyat serta menghapuskan pemborosan dalam bajet negara ataupun bajet peribadi pemimpin negara.

Radzi yang merupakan lulusan Sarjana (Master) Kejuruteraan ini amat petah dan lancar apabila berbicara isu ekonomi dan ikhtisas semalam.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN (PAS) Sungai Rapat








Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)