Sunday, May 12, 2013

GST bukan hukum rakyat Sungai Rapat sahaja


12 Mei 2013- Song Choon

Seorang penjawat swasta telah menunjukkan bil ASTRO beliau kepada Unit Penerangan untuk dihebahkan berkenaan cukai GST yang telah dilaksanakan tanpa diisytihar atau dihebahkan melalui media.

GST bukan menghukum rakyat Sungai Rapat sahaja sebaliknya seluruh Malaysia. Ia isu nasional yang ramai dari kalangan kaum Melayu belum sedar implikasinya.

Kerajaan BN telah lama  membahaskan isu ini sejak tahun 2003 lagi malah cukai ini dikatakan sesuai umpama negara maju lain.

Jika kerajaan BN mengingatkan rakyat hbahawa GST juga dilakukan oleh negara maju, mengapa pula soal kebebasan media, soal indeks rasuah dan kebebasan demokrasi tidak pula diikuti negara maju?

Kerajaan BN menghadiahi rakyat bdengan GST dan peningkatan harga barang akan berlaku. rakyat yang menerima kesan tekanan harga barang bukan sahaja penyokong Pakatan rakyat tetapi juga rakyat yang bergelar ahli UMNO -BN.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)