25 April 2013- Batu Gajah
Kira-kira jam 5.15 petang rombongan kempen Radzi Zainon hadir dengan diiringi petugas PAS Batu gajah dan aktivis PAS Ara Payung ddi MTD New Village Batu gajah.
Kehadiran rombongan ini disambut sekitar 30 penduduk kampung baru yang terdiri daripada kaum Cina dan India.
Dialog dan diskusi yang diadakan berjaya menarik perhatian kaum Cina terhadap kesediaan Radzi untuk memimpin pelbagai kaum di DUN Sungai Rapat.
Menurut Fauziah Ketua Jentera Pilihanraya Batu Gajah (Muslimat), terlalu ketara sambutan kaum Cina dan India terhadap radzi berbanding terhadap Datuk hamidah terutama di sekitar Ara Payung akhir-akhir ini. Pengabaian ratusan isu mustadhafin di Ara Payung dan perlakuan penyokong UMNO yang masih menganut fahaman perkauman menyebabkan rakyat yang kini tidak mahu hidup dalam komunalisme ingin cuba meninggalkan part-parti lapuk yang membawa agenda perkauman chauvinisme penjajah.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat