Pada 19 Apr 2013 Jumaat lalu terjadi kes anak muda Pengkalan gate menjerit Takbir 3 kali dan melaung hancur UMNO sehingga menyebabkan bilal masjid menceceh mencabar anak muda untuk tampil tunjuk diri dan mengatakan PAS alat DAP (tiada kena mengena laung takbir dengan DAP sedangkan PERKASA dan UMNO Alor Star baling kasut dalam masjid di Masjid Pumpong Kedah tiada tindakan undang-undang).
Hal itu dikatakan oleh saudara Shamsuri (peniaga bihun sup) berlaku sejurus selepas solat jumaat sekitar jam 2.00 petang.
UMNO yang mendapat laporan tersebut terus memanggil blogger pecacai UMNO Gopeng Sungairapatonline (tiada nama penulis kerana bacul dan takut disaman) dan beliau terus mencipta video palsu (lihat video di bawah) berlaku pada jam 3.40 petang.
Fakta blogger UMNO Gopeng anjing fitnah terlatih;
- Video dirakam pada jam 3.40 , kariah pun dah balik.
- Video selalunya diambil gambar kejadian, sebaliknya blogger pecacai mengambil gambar di hadapan mimbar dan jam seolah-olah sedang meratib dan mengambil video membelakngkan insiden.
- Gambar mimbar dan jam bukan masjid pengkalan gate lama. Ini disahkan oleh penduduk pengkalan gate. Blogger itu tidak hadir ke masjid pengkalan gate lama.
- Blogger mengait suara (dicipta) dengan suara penulis yang sebenarnya rakaman suara semasa kes Datuk Hamidah menghalau Ustaz Radzi dan YB Dr Lee di Taman Pegoh Aman tahun lepas!
- Blogger pecacai ini juga tidak tahu bahawa suara yang cuba dikaitkan dengan penulis sedangkan penulis berada di Masjid Kampung Terang Balik Pulau Pulau Pinang! Beliau yang bodoh dan melulku juga tidak tahu penulis tidak lagi bekerja di Ipoh dan kini bekerja di Kedah. Beliau hanya menaip seperti lembu tanpa tahu fakta dan info. Inilah haiwan belaan Datuk Hamidah.
- Polis hadir ke Pengkalan Gate petang semalam 20 April 2013 untuk menyiasat bapa anak muda yang melaung takbir sedangkan jika benar polis patut berjumpa penulis!
- Penulis mencabar UMNO Gopeng membuat laporan polis atas nama penulis jika mereka ada maruah.
- Video Saudara Shamsuri memberi sedikit penjelasan pembohongan UMNO Gopeng dan bagaimana UMNO memperbesar kes kecil dengan melibatkan polis sedangkan jenayah UMNO terhadap masjid cukup banyak:
- baling kasut dalam masjid Pumpong
- Runtuhkan masjid Bujal
- Dan banyak insiden kebiadaban UMNO yang tidak disiasat polis sebagai contoh kes merosakkan pejabat PKR Induk, samseng di Pekan mengepung mahasiswa dan sebagainya.
Video palsu yang dibuat blogger sungairapatonline pecacai Datuk Hamidah Osman
http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2013/04/penyokong-pas-cuba-cetuskan-huru-hara.html
Link diatas adalah posting fitnah berkenaan. Lihat si penfitnah mengaitkan dengan gambar penulis dibawah.
Perhatikan isi temuramah bersama Saudara Shamsuri penduduk Pengkalan Gate
Facebook penulis yang mengaitkan alibi bersama rakan di USM Penang pada hari Jumaat lepas.
UMNO adalah parti penfitnah yang wajib ditumbangkan. Disebabkan kepakaran membuat video seks di peringkat Gopeng tiada, maka UMNO Gopeng hanya membuat fitnah kecil-kecilan. isu ini akan dikumpul bersama isu fitnah lain kerana tindakan undang-undang sedang diurus terhadap penulis blog berkenaan. Bos blogger ini Datuk hamidah juga sedang menghadapi masalah di Mahkamah atas tuduhan menfitnah YB Khalid Samad di blog beliau. Ternyata kelompok fitnah ini perlu ditolak oleh rakyat dalam PRU-13 kali ini.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat