Thursday, April 11, 2013

UMNO Kampung Temiang Muka Tembok Rampas Dewan Orang Ramai


11 April 2013- Kg Temiang

Lagi kegiatan UMNO salah guna Dewan Orang ramai dengan menjadikan bilik Gerakan BN di Kampung Temiang.

BN hakikatnya telah lumpuh kerana kerosakan dua kompenen iaitu MCA dan MIC. Kini Logo Kati hnya dijulang oleh kaum melayu yang berlabel UMNO.

Mereka masih tiada maruah kerana parti tersebut tidak pernah mengajar erti demokrasi dan perbezaan hak harta awam dengan hak kepartian. Perbuatan terdesak mereka ini tidak asing serata negara kerana UMNO parti miskin yang tidak mampu menyediakan prasarana paling asas iaitu pejabat dan bilik gerakan khas untuk parti mereka.

Jika PAS mengimarahkan dan menghidupkan markaz sebagai surau dan pusat ilmu, BN dan UMNO akan mati kutu selepas pilihanraya. Budaya ilmu dan solat jemaah bukan budaya parti mereka dan ia janggal dijadikan amalan di Bilik Gerakan. PAS akan tetap menghidupkan Markaz walaupun selepas pilihanraya.

Lantaran bilik gerakan UMNO tidak akan berfungsi selepas Pilihanraya, maka parti itu tidak mahu membazir, cukup sekadar merammpas Dewan Orang Ramai menjelang Pilihanraya dengan muka tanpa malu ia cukup menyelamatkan akaun parti berkenaan.

Muhammad Nuruddin Bashah


Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)