Friday, April 12, 2013

Rombongan Radzi Zainon ke Taman Seri Berjaya...


12 April 2013- Sungai Rapat

Aktiviti bakal Calon PAS N43 Sungai Rapat cukup padat saban hari. Jika semalam mereka menjelajah UPU Ara Payung, hari ini rombongan bakal calon menjelajah Taman Seri Berjaya Ipoh berhampiran Bandar Cyber. Taman ini berada dalam Unit Peti Undi (UPU) Taman Taufik.

Ustaz Radzi Zainon berkesempatan menziarahi rumah En. Zaini Bin Husin yang kini menderita sakit saraf dan hypertension. Beliau terpaksa mendapat nutrisi melalui makanan cecair melalui tiub. 

Semasa menjamah sanatapan tengahari, rombongan berkesempatan juga  beramah mesra dengan anggota PDRM. Anggota PDRM bakal bekerjasama dengan baik jika Pakatan Rakyat memerintah kelak dan Pakatan Rakyat Insya Allah akan membebaskan PDRM daripada belenggu politik.

Muhammad Nuruddin Bashah 
Unit Penerangan MTD Sg Rapat







Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)