Thursday, May 30, 2013

Yusuf bersama YB Radzi



Ustaz Radzi atau YB Radzi masih sempat bermain dengan Yusuf hayun kiri hayun kanan walaupun jadual padat pada 19 Mei lalu....

Muhammad Yusuf memang dah kenal dengan Ustaz...

Moga beliau terus gagah mendepani medan siasah bertaraskan Islam.

Muhammad Nuruddin Bashah



Ini masa Yusuf beberapa bulan....


Warisan ADUN UMNO kepada YB Radzi Zainon di Pengkalan Pegoh


30 Mei 2013- Pengkalan Pegoh

Dalam siri kempen  YB Radzi Zainon sebelum ini, beliau kerap menekankan kesan dan akibat pembangunan tidak lestari di sekitar Pengkala Pegoh terhadap peniaga melayu dan bumiputera.

Kesan ini bukan sekadar kesan jangka pendek yang mampu diselesaikan melalui tawaran kepada peniaga kecil membuka kiosk atau menumpang di sekitar Hypermarket yang ada, ia juga memberi kesan jangka panjang yang bakal menghambat terus kaum melayu yang bergelar peniaga sederhana dan kecil keluar daripada kawasan bisnes PengkalanPegoh.

Selain hypermarket, pusat hiburan yang dibuka berleluasan di sini juga merosakkan sosial masyarakat khususnya umat Islam.



" Kesan hypermarket dan kesan perniagaan monopoli cukup kuat dan ia telah terbukti membenamkan ribuan peniaga bumiputera seluruh negara. Malah isu ini bukan isu baru malah ia hangat diperkata oleh gerakan kepenggunaan dan hakpeniaga kecil seluruh dunia", jelas Radzi berkenaan isu ini.

Kini YB Radzi yang berjaya menyingkirkan penyandang ADUN Sungai Rapat UMNO masih belum berjaya mengubah landskap bisnes yang telah direstui oleh kerajaan BN sebelum ini kerana dua faktor, pertama ia telah berlaku dan kedua PAS ditakdirkan masih menjadipembangkang di negeri Perak. Dengan hanya memiliki kerusi DUN tanpa kuada Exco dan sebagainya adalah sukar untuk YB Radzi memulihkan kerosakan yang ada.



Apa yang mampu dilakukan oleh ADUN baru ini adalah mendidik masyarakat terutama peniaga melayu dan bumiputera Islam, betapa ancaman ekonomi tidak mapan sebegini, ancaman globalisasi dan campurtangan Amerika dalam penentuan corak atur perniagaan di negara ini adalah petaka besar yang bakal menghakis sisa 'hak' peribumi yang sebenarnya dibiarkan 'karat' oleh pemerintah BN saban tahun.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat

Sunday, May 26, 2013

Kenyataan Media: BOIKOT ATAS SENTIMEN PERKAUMAN TIDAK DAPAT DITERIMA

Kenyataan Media TERAS
17 hb Mei 2013

BOIKOT ATAS SENTIMEN PERKAUMAN TIDAK DAPAT DITERIMA

TERAS berpendirian kempen boikot yang berasaskan sentimen perkauman adalah  tercetus dari  emosi dan tidak berpijak kepada realiti  , jauh sekali merujuk kepada kaedah syariat Islam.



Pengumuman supaya ada pemulauan terhadap perusahan suatu kaum atas asas politik perkauman bukan sahaja menunjukkan kedangkalan dalam berfikir malah menyuburkan sentimen membenci yang bukan berasaskan kebenaran dan keadilan.

Apatah lagi dalam konteks pilihanraya yang kini telah menunjukkan ada pihak yang membakar api perkauman hanya kerana tidak memilih parti yang berkuasa. 

Realitinya ialah orang Melayu  dan parti nasionalis sendiri harus bermuhasabah untuk menilai apakan asas perjuangan mereka bertapak kepada Islam. 

Melancarkan hukuman dengan memboikot satu kaum kerana menolak kerajaan yang berkuasa menunjukkan kaum yang menggelar diri Muslim ternyata  bukan sahaja tidak mahu menerima kepincangan bangsanya sendiri malah telah mengisytihar  permusuhan terhadap kaum lain yang berasaskan asobiyyah qaumiyyah yang ditolak oleh Islam.

Padahal bukan semua pengundi dari kaum tersebut secara mutlak tidak mengundi BN . Menghukum secara rambang jelas akan mengundang reaksi saling membenci antara kaum yang tidak berkesudahan . Malah boleh sahaja mengheret kepada politik dendam bersifat perkauman.

Kelompok yang mengisytihar boikot ini juga pada hakikatnya berlaku sangat tidak konsisten kerana cuba menyembunyikan fakta yang selama ini berlaku. Iaitu parti nasionalis kerajaan yang berkuasa sudah lebih 55  tahun itu sendiri selama ini menerima sumbangan dari konglomerat besar kaum yang ingin dipulau itu. 

Hakikat bahawa gabungan parti-parti nasionalis atas nama BN selama ini mendapat sokongan dana dari syarikat kaum yang hendak diboikot itulah juga . Maklumat parti nasionalis Melayu itu mendapat dana RM 40 juta untuk Negeri Sabah dari seorang tauke diperakui oleh Presiden parti nasionalis itu sendiri.




Kami menegaskan amat tidak manasabah melempiaskan kemarahan atas sentimen perkauman sedangkan terlalu banyak yang perlu diperbetulkan oleh perjuangan bangsa Melayu sendiri.

Apa yang wajar dilakukan ialah meningkat keazaman untuk membentaras kepincangan yang sarat bersarang pada bangsa Melayu dan bangkit untuk menjadi golongan Muslimin yang dihormati dan disegani kaum lain. 

Inilah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w ketika menggerakan kesatuan agar kaum Muslimin membeli keperluan hanya dari pedagang Muslimin berbanding kaum Yahudi . Tidak disuruh membenci mana-mana kaum  melainkan mengukuhkan kesatuan Muslimin.




Inilah masanya orang Melayu belajar bagaimana mempunyai jiwa besar mendekati semua kaum untuk bernaung di bawah Islam tidak kira dari bangsa apapun. Inilah juga masanya bangsa Melayu benar-benar menghisab diri dan kembalikan landasan hidup dan perjuangan di atas dasar Islam , dan membentaras sikap assobiyyah jahilyyah.


Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupyaan Melayu


Sent from my iPad

PAS Perlu cerdikkan rakyat bencana TTPA



PAS Perlu cerdikkan rakyat bencana TTPA

Pada 20hb May 2013 yang lalu, MAPIM melalui Setiausaha Agungnya Cikgu Hj Azmi Abd Hamid telah  mengesa kerajaan Malaysia untuk  tidak  meneruskan menandatangani  rundingan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang dijangka akan dimeterai pada October 2013 di Brunei.
Soalnya apa itu TTPA dan apa implikasinya? Ramai penduduk kawasan pendalaman atau separuh desa, kampong tersusun yang tidak menyedari isu ini dan tidak faham masa depan anak cucu mereka yang bakal tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini.

Rakyat Perak terutama kaum melayu yang tegar mengundi UMNO dan juga di kawasan DUN yang penulis berkhidmat DUN Sg Rapat, masih banyak info ancaman ummah sebegini yang perlu dihebahkan.


Sebelum ini Tun Mahathir juga  menggesa pihak Kerajaan Malaysia supaya menolak TPPA pada Forum Negara bertajuk ‘Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam’ yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) bersama Yang di-Pertua Dewan Negara di Parlimen Malaysia pada 25 Mac 2013 lepas.



Malaysia yang diteraui oleh BN lagi kali ini  antara 12 negara yang dengan sewenang-wenangnya bersetuju untuk menerima dasar-dasar TPPA ini. 12 negara tersebut adalah Australia, Brunei, Chile, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, Amerika Syarikat, Vietnam, Jepun dan Malaysia.
Ada 26 bab yang berasingan, yang digubal secara penuh kerahsiaan, tidak telus, dan tidak dibuka kepada pengetahuan orang awam.Ia akan terus menjadi rahsia selama 4 tahun selepas perjanjian dimeterai. Kita hanya akan tahu rupabentuk sebenar perjanjian itu hanya selepas 4 tahun, iaitu dalam tahun 2017.

Blogger, facebooker berkempen di media maya dan wanita UMNO berkempen rumah ke rumah, bahawa Pakatan Rakyat dan NGO Hak Asasi  adalah agen asing untuk mengganggu-gugat kestabilan negara. Kita sering mendengar mereka menerima dana dari negara asing, dan akan menjual negara ini sekiranya memerintah.

Tetapi, pernahkah anda, yang sering menuduh pembangkang sebagai agen asing Yahudi ni semua, pernahkah anda mendengar siapa yang beria ingin laksanakan  TTPA ini?



TTPA atau nama penuhnya  The Trans-Pacific Agreement merupakan  sebuah free-trade agreement antara negara-negara di sekitar Pasifik ini disertai oleh  Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)  dalam rundingan TPPA  bersama 11 negara lain (Australia, Brunei, Canada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, United States dan Vietnam ) dan  ia dimaklumkan tidak diketahui oleh ahli Parlimen sendiri.

Suatu ketika dahulu kita dimomokkan globalisasi yang bakal menghancur budaya dan social kita. Malah Globalisasi bakal menleburkan harapan peniaga kecil bumiputera dan bukan bumiputera tempatan sekalipun.



Selepas GST dilaksanakan secara mendadak, bil dan bayaran servis dicukaikan tanpa penghebahan selepas BN mendapat mandate, kini TTPA pula yang bakal dihadiahkan kepada rakyat. Baru-baru ini kerajaan BN Kedah yang dijulang oleh kaum melayu atas nama kerajaan melayu Islam itu ingin pula melaksanakan AES yang bakal mencengkam rakyat selepas mereka menerima beberapa kali BR1M. Inilah tabiiat asasi BN yang kerap kali memperdaya rakyat kita terutama di pendalaman dan separa pendalaman. Adalah menjadi tugas kita terutama petugas penerangan untuk terus member ilmu, info dan fakta yang sahih untuk mencerdikkan rakyat yang telah terpana dengan ganjaran RM 500 sebanyak 2-3 kali.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan DPPK Gopeng
26 Mei 2013

Monday, May 20, 2013

Kekalahan Datuk Hamidah melegakan UMNO Gopeng - YB Radzi Zainon



19 Mei 2013- Maju Rapat

Kekalahan BN di semua kerusi Parlimen Gopeng adalah disebabkan keangkuhan dan sikap kurang sopan Datuk hamidah selama tempoh berkempen selain sikap beliau yang tidak suka turun padang menziarahi marhain rumah ke rumah.



Radzi berucap di kenduri kesyukuran kemenangan PAS DUN Sg Rapat bertempat di Markaz PAS Maju Rapat juga menyatakan kekalahan Datuk hamidah melegakan sebahagian ahli UMNO yang tidak senang dengan ucapan angkuh dan biadab beliau. Video ucapan bunuh Anwar yang disiar cukup menakutkan rakyat dan telah menjadi 'over kill' bagi imej beliau sekaligus menjauhkan terus pengundi bukan melayu daripada BN.





YB Dr Lee yang menang dua kali ganda majoriti kali ini mencerminkan pertambahan undi melayu yang protes dengan sikap melampau  Datuk Hamidah Osman yang juga kali ini  kelihatan lebih dominan daripada lain-lain calon MCA di Parlimen Gopeng.

"Kita akan terus berkhidmat. Saya minta rakyat bergerak bersama saya dalam keadaan kita mentaati Allah dan takut akan azabNya",  tambah Radzi selepas meminta maaf kepada YB Dr Lee bagi pihak semua kaum Melayu Gopeng atas kebiadaban Datuk hamidah mencekak kolar baju Ahli Parlimen itu sebelum ini.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat








Sunday, May 19, 2013

Petugas Pakatan Rakyat diraikan dengan meriah di Changkat Larang



18 Mei 2013- Changkat Larang

Kenduri Kesyukuran meraikan Petugas Pakatan Rakyat Seri Rahmat dan Changkat Larang serta Desa Perlancongan diadakan di Markaz PAS Changkat Larang Rabu lalu 15 Mei dengan kehadiran yang cukup luar biasa.

Antara hadirin yang memeriahkan majlis di perkarangan Markaz PAS Changkat Larang itu adalah kaum India yang telah  memberi sokongan padu kepada YB Ustaz Radzi. 

Saudara Shan yang turut hadir sebenarnya juga merupakan individu hebat yang membantu UPU Seri Rahmat menjawab isu-isu perkauman yang berlegar di kalangan masyarakat India dan Melayu.

Majlis diserikan dengan kehadiran YB Radzi Zainon sendiri serta YB Dr Lee Boon Chye selaku Ahli Parliemn Gopeng. majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Imam Hj Mohtar.

Selepas menjamu selera hadirin disajikan dengan  tayangan klip video imbasan PRU13 yg disediakan oleh sdr Roslan Said.

Para petugas yang terdiri di kalangan belia dan anak muda dua parti PKR dan PAS menyatakan tekad untuk kekal mempertahankan kemenangan dengan membantu parti menjalankan agenda kebajikan, kemsyarakatan dan dakwah bukan sekadar bersedia dalam kempen sahaja. Hanya inilah kemenangan yang sejati.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan Mtd Sg Rapat














Saturday, May 18, 2013

Jutaan Penghargaan YB Radzi untuk semua rakyat Sungai Rapat



Assalamualaikum …. Dan salam hormat untuk semua warga DUN Sungai Rapat

Saya Radzi Zainon mengucapkan ribuan terima kasih khasnya untuk semua pengundi rakyat DUN Sungai Rapat yang telah mengundi saya untuk PAS dan Pakatan Rakyat mengambil alih kerusi DUN ini.

Saya berjanji akan menjalankan amanah dan menggenggam janji untuk dilaksanakan kerana Allah.

Berasaskan Surah al Maidah ayat pertama yang berbunyi ya ayyihallazi naamanu aufu bil uqud iaitu bermaksud Wahai orang-orang beriman tunaikanlah janji-janji.

Ayat ini khusus arahannya untuk kaum beriman dan sebagai orang beriman saya akan melaksanakan agenda kebajikan, keadilan dan pembangunan rohani, spiritual dan infrastruktur berasaskan etika dan kelestarian sosial yang sihat bukan untuk diungkit menjelang pilihanraya semata-mata. Ia adalah tanggungjawab yang diamanahkan dan saya akan melaksanakannya dengan baik Insya Allah.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada jentera PAS dan Pakatan Rakyat yang bersabar siang dan malam, menjaga emosi dan adab sepanjang berkempen. Kepada jentera ulama’ pemuda dan muslimat, anak muda dan golongan professional dan tenokrat yang membantu secara langsung atau tidak langsung, pihak PAS kawasan batu gajah dan PAS kawasan Ipoh timur yang tanpa megira lelah dan keringat untuk membantu menjayakan agenda mengislah DUN Sungai rapat kali ini saya ungkapkan jutaan penghargaan.

Percayalah saya adalah wakil rakyat bagi semua kaum dan agama, saya adalah wakil anda samada penyokong mahupun bukan pengundi saya. Inilah tekad saya.

Dari rakyat untuk rakyat kerana Allah.

Radzi Zainon
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak

Analisa kerusi PRU -13 Sanggah perkauman tajaan UMNO


Analisa kerusi PRU -13; sanggah perkauman tajaan UMNO
Dihimpun oleh : Muhammad Nuruddin Bashah (Unit Penerangan MTD Sg Rapat)

  1. Kronologi perkauman UMNO selepas kehilangan banyak kerusi MCA, Gerakan.
·         Muka depan Utusan Malaysia 7 Mei 2013 , 'Apa lagi Cina mahu' menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia[1].


·         12 Mei 2013- Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina kaum lain menyeru golongan Melayu agar bertindak lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka dan menuduh orang Cina mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu itu melalui usaha untuk merampas kuasa politik[2].
·         15 Mei 2013- Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Datuk Mohd Noor Abdullah berhubung ucapan yang menjadi kontroversi pada Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah[3].
·         13 Mei 2013- Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) bantah kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ‘Umno bukan parti rasis’ ketika berucap pada sambutan ulang tahun Umno ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 12 Mei 2013. Setiausaha Agung, S Barathidasan mempertikaikan kenyatan Najib, jika benar Umno bukan parti rasis, kenapa Najib mengatakan bahawa kekalahan dan kemerosotan undi kepada Barisan Nasional di pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah punca tsunami kaum Cina[4].

       14 Mei 2013- NGO Melayu gesa memboikot perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha Cina kerana didakwa mendanai pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 walaupun BN telah lama didanai oleh taukeh judi dan arak berbangsa Cina dan Melayu. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan entititi perniagaan itu telah memecahkan perpaduan dalam negara. Perniagaan yang mahu diboikot , dua rangkaian kedai makan, rangkaian pasar raya serta jenama roti dan tepung terkenal[1].



  1. Perbandingan kerusi PRU-12 dan 13
Parlimen
PRU12 = BN 140 kerusi , Pakatan Rakyat=  82 kerusi
PRU13  = BN 133 ( hilang 7 kerusi ), PR 89 ( bertambah 7 kerusi)
Total 222 kerusi
DUN
PRU12 = BN 344, PR 161
PRU13= BN 275 (hilang 71 kerusi), PR 230 ( bertambah 71)
Total 505 kerusi. Jadi siapa yang berjaya dalam pilihanraya kali ini?

UNDI Keseluruhan (Popular votes)
Parlimen
PRU12: BN 4.0 Juta, PR 3.7 Juta (BN lebih popular)
PRU13. BN 5.2 Juta ( 5237 699 undi) , PR 5.6 Juta ( 5623984 undi )
Bagi Parlimen BN hanya dapat 46.8% undi rakyat Malaysia berbanding Pakatan Rakyat 50.3%. Siapa yang lebih berjaya?
DUN
Pakatan : 4879699 undi
BN : 4513997 undi
Maka PR lebih popular daripada BN kerana ramai pengundi memilih Pakatan Rakyat. Tetapi persoalan mengapa Pakatan rakyat kalah jika popular (soalan warga kampung)
Kerana:
  • BN menang banyak di kerusi kampungm pendalaman yang rakyat tidak ramai.
  • Pakatan Rakyat menang di kawasan bercampur dan bukan melayu yang padat penduduknya. Persempadanan semula yang di buat oleh Mahathir telah membelah kawasan melayu pendalaman agar kerusi UMNO banyak walaupun rakyat tidak ramai. Tetapi kerusi di negeri PAS seperti Kelantan tiada pembelahan parlimen kerana ia menguntungkan PAS)
  1. Keuntungan PAS dan DAP apabila bergabung;
Di Melaka, kerusi pertama PAS berjaya apabila Dr Mohd Khalid Kassim N71 menang dengan majoriti 48 undi.
DAP pula berjaya tamatkan penguasaan MCA di Duyong N23 Dato Gan Tian Loo (penegrusi MCA Melaka) kalah dengan Goh Leong San (Pengerusi DAP Melaka) dengan majoriti 205 undi.
  1. Peratus keluar mengundi
PRU12: 8.0 Juta (76%)
PRU13: 10.4 Juta (80%) - Tertinggi dalam sejarah PRU
  1. Analisis untuk Kawasan Parlimen yang dimenangi oleh BN
  • Majoriti:
Kurang 1000 = 12 Parlimen
Kurang 2000= 13 Parlimen
Kurang 2500 = 3 Parlimen
Kurang 3100 = 2 Parlimen
  • BN memenangi 25 kerusi yang majoritinya ialah Kurang daripada 2000 undi. Jika 25 ini milik Pakatan Rakyat 89 + 25 = 114 maka Pakatan telah menang.

  1. Ulasan tambahan terhadap keputusan akhir tersebut[5]:
  • Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang dan Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:
    • Selangor - Pakatan 44, BN 12
    • Penang - Pakatan 30, BN 10
    • Kelantan - Pakatan 33, BN 12
  • MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008),
  • Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.
  • DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008. Prestasi DAP yang meningkat, tiada isu PAS, PKR serah kerusi kepada DAP seperti yang dikempen UMNO.
DAP – 38 kerusi ,  PKR – 30 kerusi ,  PAS - 21 kerusi
  • Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).
  • 4 orang menteri kabinet tewas.
    • Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha,
    • Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin,
    • Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan
    • Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok.
    • Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah,
    • Datuk Puad Zarkashi dan
    • Datuk Lee Chee Leong.
  • Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
    • Kerusi parlimen Kepong Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).
  • BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut
    • Perak BN 31 PR 28
    • Terengganu BN 17 PR 15
    • Kedah BN 21 PR 15
    • Negeri Sembilan 22 PR 14
  • Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini.
    • Datuk Shahlan Ismail tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena,
    • Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan.
    • Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008.
    • Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru
    •  Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.
  • Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.
  1. Bukti Rakyat tolak perkauman
  • Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.
  • Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata beliau berbeza dengan pandangan tersebut. Katanya, apa yang berlaku pada PRU13 menunjukkan bukan sahaja kebangkitan masyarakat Cina, tetapi kebangkitan seluruh rakyat Malaysia. "Yang jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan gelombang kedua tsunami rakyat, dari bandar, semi bandar, desa, golongan muda, kelas menengah dan lain-lain, yang bangkit untuk menuntut pembentukan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat.  "Ringkasnya, keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan tiada kaitan dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP[6].

  1. Adakah DAP rasis?
  • Gambar di bawah menunjukkan 3 calon Melayu DAP menang.


  • Tengku Zulpuri Shah Raja Puji memenangi DUN Mentakab apabila mendapat 7,882 undi menewaskan Chuah Boon Seng (MCA-BN) dengan majoriti 1,554 undi.
  • Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz pula memenangi kerusi Parlimen Raub dengan memperoleh 23,415 undi apabila menewaskan Datuk Hoh Khai Mun (MCA-BN) dengan meajoriti 2,814 undi.
  • Zairil Khir Johari pula memenangi kerusi Parlimen Bukit Bendera dengan majoriti 12,813 undi apabila mendapat 45,591 undi menewaskan Teh Leong Meng (Gerakan-BN) yang hanya mendapat 12,813 undi. Biarpun kempen PRU 2013 di Johor dicemari dengan momokan politik perkauman pihak lawan, calon DAP Parlimen Tanjung Pia


  1. Perhatikan kaum yang mentadbir Pulau Pinang walaupun UMNO menang semua kerusi mereka.
  1. TAHUN 1957-1969 = Tan Sri Wong Pow Nee (Perikatan)
  2. TAHUN 1969-1990 = Tun Dato’ Seri Dr Lim Chong Eu (BN)
  3. TAHUN 1990-2008 = Tan Sri Dr. Koh Su Khon (BN)
  4. TAHUN 2008-SEKARANG) = En Lim Guan Eng (Pakatan Rakyat)

  • PAP (PETIR atau induk DAP sebelum Singapura berpisah dengan Malaysia)  ganti Umno di Singapura dan Gerakan ganti Umno di Pulau Pinang[7].
  • PAP telah menggantikan Umno (memerintah) di Singapura apabila pulau tersebut diserahkan kepada Lee Kuan Yew pada 1965 akibat Tunku tidak tahu menyelesaikan permintaan Lee yang mahukan kesamarataan hak antara kaum serta menghina Raja Melayu walaupun Lee pernah menjadi peguam Utusan Melayu.
  • Umno yang menyerahkan sebuah pulau yang kaya kepada Lee Kuan Yew/.
  • Pilihanraya tahun 1990 UMNO telah memenangi 12 kerusi dan Parti Gerakan menang 6 kerusi, selebihnya dimenangi oleh DAP tetapi UMNO serah kepada Lim Chong Eu daripada parti Gerakan (menjadi Ketua Menteri). Tiada isu ketuanan Melayu atau asal usul milik tanah Pulau Pinang dikumandangkan.
  • 30 April 2013- Perdana Menteri memberi jaminan Umno tidak akan menuntut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang jika Barisan  Nasional (BN) menang di negeri ini pada PilihanRaya Umum ke-13[8].
  • UMNO kerap berkempen Pakatan serah Pulau Pinang kepada DAP, Pakatan serah Parlimen kepada DAP sedangkan UMNO serahkan Singapura kepada Lee dari Parti PAP yang sedarjah dengan DAP walaupun Lee hanya bermain kata meminta untuk keluar daripada Malaysia.
  • Mengeluarkan Singapura telah merugikan melayu, KTM hingga kini.

  1. Perhatikan analisa kerusi di Pulau Pinang yang difitnah UMNO sebagai dibolot Cina.

Senarai calon DAP Pulau Pinang dan perhatikan bangsa yang mewakili DAP
Parlimen
1. Bagan – Lim Guan Eng
2. Bukit Mertajam – Sim Chee Keong
3. Bukit Bendera – Zairil Khir Johari
4. Tanjong – Ng Wei Aik
5. Jelutong – Ooi Chuan Aun
6. Bukit Gelugor – Karpal Singh A/L Ram Singh
7. Batu Kawan – Kasthuriraani A/P Patto
DUN;
1. Sungai Puyu – Phee Boon Poh
2. Bagan Jermal – Lim Hock Seng
3. Bagan Dalam – Tanasekharan A/L Autherapady
4. Berapit – Ong Kok Fooi
5. Padang Lalang – Chong Eng
6. Perai – P.Ramasamy A/L Palanisamy
7. Jawi – Soon Lip Chee
8. Tanjong Bunga – Teh Yee Cheu
9. Air Putih – Lim Guan Eng
10. Pulau Tikus – Yap Soo Huey
11. Padang Kota – Chow Kon Yeow
12. Pengkalan Kota – Lau Keng Ee
13. Komtar – Teh Lai Heng
14. Datok Keramat – Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh
15. Sungai Pinang – Lim Siew Khim
16. Batu Lancang – Law Heng Kiang
17. Seri Delima – Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji
18. Air Itam – Wong Hon Wai
19. Paya Terubong – Yeoh Soon Hin
DAP LETAK : 19 ORANG BERBANGSA CINA SEBAGAI CALON PARLIMEN DAN NEGERI
Perhatikan pula Calon Gerakan dan MCA di Penang[9]
Parlimen;
Bagan: Chua Teik Siang (MCA)
Batu Kawan: N.Gobalakrishnan (Gerakan – new face)
Bukit Mertajam: Gui Guat Lye (MCA)
Bukit Bendera: Teh Leong Meng (Gerakan – new face)
( DAP letak MELAYU di sini bUKIT bENDERA lawan CINA BN !!!!)
Tanjong: Ng Song Kheng (Gerakan – new face)
Jelutong: Ng Fook On (Gerakan)
Bukit Gelugor: Teh Beng Yeam (MCA)
Bayan Baru: Tang Heap Seng (MCA)
DUN
Sungai Puyu: Sum Yoo Keong (MCA)
Bagan Jermal: Tan Chuan Hong (MCA)
Bagan Dalam: M.Karuppanan (MIC – new face)
Berapit: Lau Chiek Tuan (MCA)
Machang Bubuk: Tan Lok Heah (Gerakan)
Padang Lalang: Tan Teik Cheng (MCA)
Perai: L. Krishnan (MIC – new face)
Bukit Tengah: Teng Chang Yeow (Gerakan)
Bukit Tambun: Lai Chew Hock (Gerakan)
Jawi: Tan Cheng Liang (MCA)
Tanjung Bungah: Chia Kwang Chye (Gerakan)
Air Putih: Tan Ken Keong (MCA – new face)
Kebun Bunga: Hng Chee Wey (Gerakan – new face)
Pulau Tikus: Rowena Yam (Gerakan – new face)
Padang Kota: Oh Tong Keong (Gerakan – new face)
Pengkalan Kota: Loke Cheng Gin (MCA – new face)
Komtar: Loh Chye Teik (MCA – new face)
Datok Keramat: Ong Thean Lye (Gerakan)
Sungai Pinang: Thor Teong Gee (Gerakan)
Batu Lanchang: Lee Boon Ten (Gerakan)
Sri Delima: Low Joo Hiap (MCA – new face)
Air Itam: Loo Jieh Sheng (Gerakan – new face)
Paya Terubong: Koh Wan Leong (MCA)
Batu Uban: Goh Kheang Sneah (Gerakan)
Pantai Jerejak: Wong Mun Hoe (Gerakan)
BN LETAK 31 CALON BERBANGSA CINA DI Pulau Pinang.
DAP HANYA LETAK 19 CALON BERBANGSA  CINA DI Pulau Pinang
JIKA TAMBAH 5 CALON PKR BARU JADI 24 ORANG CALON CINA PAKATAN RAKYAT.

  1. Tuduhan undi Pakatan Rakyat hilang kerusi melayu adalah dakyah paling jahil yang UMNO ajar kepada orang melayu. Di bawah  senarai calon Melayu yang menang menewaskan calon bukan Melayu BN. UMNO sibuk mengatakan kalah BN Pulau Pinang tergadai kepada Cina sedangkan mereka tidak berani meletak calon melayu di kerusi bukan melayu. Seramai 7 calon Melayu bertambah dalam parlimen selepas rakyat menyokong Pakatan Rakyat:
Parlimen;
    1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN
    2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
    3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
    4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
    5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
    6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
    7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA
Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu!!!
DUN:-
    1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
    2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
    3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
    4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
    5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
    6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
    7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
    8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor
Menang PR bermakna 8 kerusi DUN dikuasai orang Melayu.
  1. Di bawah adalah kerusi Melayu yang dimenangioleh BN bukan melayu. UMNO gadai kerusi melayu kepada kaum bukan melayu. Hal ini tidak diulas di dalam Utusan Malaysia[10].
    1. PARLIMEN Simpang Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
    2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
    3. PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)
    4. DUN Gurun (M-57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
    5. DUN Cheka (M-69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
    6. DUN Gambir (M-56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
    7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
    8. DUN Pemanis (M-56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
    9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
    10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
    11. DUN Tg Aru (Islam–52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
    12. DUN Bingkor (Islam-38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
    13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)



[7] Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yewmempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)